SDAR LIONS (biru) vs HSKOBA (hijau)
scrum...
Turun
sekali lagi ke Padang Utara, Petaling Jaya untuk perlawanan kedua Liga Alumni
Divisyen 1. Kali ini menemukan SDAR Lions (SLRC ) menentang High School Klang
Old Boys Association (HSKOBA).
Rekod pertemuan
kedua-dua pasukan menyaksikan HSKOBA mencatat kemenangan untuk semua perlawanan
sejak Liga Alumni diperkenalkan pada tahun 2005.
Perlawanan kali ini
berakhir dengan kemenangan berpihak kepada HSKOBA dengan skor 15-5.
HSKOBA terlebih dahulu
berada di hadapan apabila serangan bertali arus dilakukan menerusi gandingan
forward dan back line yang mantap untuk Mohd Fuad yang bertindak sebagai winger
mendapatkan try yang pertama. Dan Ahmad Amirul Zulfiqar dengan tenang
menyempurnakan conversion.
HSKOBA ternyata terus
menerus mengasak pada babak kedua permainan dan menjarakkan kedudukan menerusi
3 mata penalti oleh Arul.
Ternyata HSKOBA tidak
mahu mengalah dengan menggandakan asakan demi asakan. Ketika keadaan permainan
tegang di hujung padang di antara Naz dengan pemain HSKOBA, para pemain SLRC
agak tergamam seketika dan kesempatan itu diambil oleh SLRC untuk mendapatkan
try dan seterusnya merapatkan jurang kedudukan 10-5.
Minit-minit terakhir
menyaksikan HSKOBA lebih ghairah untuk mengasak kubu SLRC, selepas Ammar gagal
menendang bola keluar, HSKOBA pantas melakukan counter-attack untuk mendapatkan
try kedua, namun conversion gagal disempurkan.
Wisel penamat
dibunyikan oleh referee Ali Tahar untuk keputusan HSKOBA 15 SLRC 5.