Followers

Tuesday 29 May 2012

Wajarkah PTPTN dimansuhkan?????

Cadangan hendak menhapuskan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerima bantahan daripada sesetengah pihak. Pemuda PAS, menyelar kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi bahawa pemansuhan ini akan membebankan kerajaan.

Sekiranya pemansuhan PTPTN ini dianggap membebankan kerajaan, bagaimana pula bebanan yang akan ditanggung oleh pelajar kerana tanggungan hutang pelajaran mereka? Kebanyakan pelajar tidak mampu dan tidak layak untuk mendapat biasiswa. Selama ini, PTPTN lah penyambung hayat mereka dan pada masa yang sama, merupakan penjerut kepada mereka.

Pada petikan artikel yang lepas, Menteri Pengajian Tinggi menyatakan bahawa cadangan itu dianggap tidak relevan buat masa ini kerana akan mengurangkan daya saing, membebankan kerajaan dan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian swasta (IPTS). Pendidikan percuma merupakan perkara asas yang mesti disediakan kerajaan untuk pelajar mencapai keputusan yang cemerlang seterusnya menjadi pelaburan untuk pembangunan moda insan negara.

Sekiranya kerajaan menganggap pemansuhan ini tidak relevan bererti kerajaan sebenarnya telah gagal untuk menyediakan perkhidmatan dan kebajikan kepada rakyat khususnya generasi muda. Mustahil sekiranya PTPTN dimansuhkan, IPTS akan gulung tikar kerana terdapat banyak alternatif lain yang boleh diambil untuk mengatasi masalah itu.

No comments:

Post a Comment