Followers

Tuesday 29 May 2012

Debat Isu Pemansuhan PTPTN - KJ vs Rafizi 22/5/2012



Isu penghapusan PTPTN ialah satu pilihan isu yang perlu dikaji dengan teliti. Ini kerana isu ini bukan sahaja untuk menghapuskan hutang pelajar malah isu ini bertujuan untuk menghapuskan hutang negara. Kebanyakan Negara yang memperdagangkan pendidikan bakal menanggung hutang yang besar jumlahnya. Seperti contoh yang diberikan oleh Ketua Strategik PKR, Amerika Syarikat, tabung yang sama seperti PTPTN, hutang mereka telah mencecah sebanyak 2.6 trillion.

Disebabkan itu, bank dunia menyatakan bahawa, sekiranya hutang ini tidak ditanggung dengan baik, hutang ini bakal menjadi ancaman kepada ekonomi dunia sejagat. Justeru, isu penghapusan PTPTN perlu dikupas dari perspektif ekonomi dan bukannya politik semata-mata kerana hutang ini bakal ditanggung kerajaan dan rakyat sekiranya hutang ini tidak ditangani dengan baik. Disebabkan kos sara hidup yang telah meningkat, pasti rakyat tidak mampu untuk menannggung hutang PTPTN tersebut. Malaysia merupakan suatu negara yang pada masa dahulu menawarkan pendidikan percuma. Sekiranya kerajaan tidak boleh memberikan pendidikan percuma, bagaimana pula dengan hutang-piutang yang bakal meningkat jumlahnya?

Isu ini merupakan kerisauan oleh Parti Pakatan terhadap belia zaman sekarang. Pastinya banyak janji yang ingin ditabur untuk mengaburi mata rakyat. Contohnya, seperti yang tercatat di dalam ‘Buku Jingga’, mereka ingin menghapuskan caj 1% PTPTN. Tidak seperti yang dibentangkan oleh wakil mereka iaitu ‘Menghapuskan PTPTN’. Rakyat perlu sedar sekiranya mereka terpedaya dengan janji-janji yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat, kos yang tinggi amat diperlukan untuk menjayakan manifesto mereka.

Antara manifesto mereka adalah untuk memberikan subsidi kepada IPTS seperti mana subsidi yang diberikan kepada IPTA. Isu ini memerlukan kos yang tinggi untuk menyamaratakan yuran yang perlu dibayar pelajar di IPTS dan IPTA. Kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang begitu tinggi semata-mata mahu menyamaratakan yuran pelajar. Sekiranya perkara ini berlaku, ekonomi negara pasti akan merosot dan pastinya Malaysia akan menjadi salah sebuah negara yang muflis. Seperti contoh yang diberikan, Greece, merupakan sebuah negara yang memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya. Dan sekarang, Greece telah diisytihar muflis kerana hutang mereka yang terlalu besar jumlahnya.

Memberikan pendidikan percuma kepada setiap rakyat seperti mana generasi terdahulu menikmati pendidikan yang percuma merupakan satu agenda yang akan memakan diri sendiri kerana, sekiranya perkara ini terjadi, pastinya hutang yang bakal ditanggung kerajaan dan rakyat meningkat. Rakyat perlu sedar sekiranya kerajaan menyediakan pendidikan percuma, siapakah yang akan membayar gaji guru, pensyarah dan lain-lain. Sekiranya mereka ini tidak dibayar, pasti mereka kekurangan motivasi untuk menjadi pendidik kepada anak bangsa yang merupakan bakal pemimpin negara kelak.

Wajarkah PTPTN dimansuhkan?????

Cadangan hendak menhapuskan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerima bantahan daripada sesetengah pihak. Pemuda PAS, menyelar kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi bahawa pemansuhan ini akan membebankan kerajaan.

Sekiranya pemansuhan PTPTN ini dianggap membebankan kerajaan, bagaimana pula bebanan yang akan ditanggung oleh pelajar kerana tanggungan hutang pelajaran mereka? Kebanyakan pelajar tidak mampu dan tidak layak untuk mendapat biasiswa. Selama ini, PTPTN lah penyambung hayat mereka dan pada masa yang sama, merupakan penjerut kepada mereka.

Pada petikan artikel yang lepas, Menteri Pengajian Tinggi menyatakan bahawa cadangan itu dianggap tidak relevan buat masa ini kerana akan mengurangkan daya saing, membebankan kerajaan dan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian swasta (IPTS). Pendidikan percuma merupakan perkara asas yang mesti disediakan kerajaan untuk pelajar mencapai keputusan yang cemerlang seterusnya menjadi pelaburan untuk pembangunan moda insan negara.

Sekiranya kerajaan menganggap pemansuhan ini tidak relevan bererti kerajaan sebenarnya telah gagal untuk menyediakan perkhidmatan dan kebajikan kepada rakyat khususnya generasi muda. Mustahil sekiranya PTPTN dimansuhkan, IPTS akan gulung tikar kerana terdapat banyak alternatif lain yang boleh diambil untuk mengatasi masalah itu.