Followers

Monday 9 July 2012

Liga Alumni 2012

HSKOBA vs SDAR LIONS


SDAR LIONS (biru) vs HSKOBA (hijau)


scrum...

Turun sekali lagi ke Padang Utara, Petaling Jaya untuk perlawanan kedua Liga Alumni Divisyen 1. Kali ini menemukan SDAR Lions (SLRC ) menentang High School Klang Old Boys Association (HSKOBA).

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan menyaksikan HSKOBA mencatat kemenangan untuk semua perlawanan sejak Liga Alumni diperkenalkan pada tahun 2005.

Perlawanan kali ini berakhir dengan kemenangan berpihak kepada HSKOBA dengan skor 15-5.

HSKOBA terlebih dahulu berada di hadapan apabila serangan bertali arus dilakukan menerusi gandingan forward dan back line yang mantap untuk Mohd Fuad yang bertindak sebagai winger mendapatkan try yang pertama. Dan Ahmad Amirul Zulfiqar dengan tenang menyempurnakan conversion.

HSKOBA ternyata terus menerus mengasak pada babak kedua permainan dan menjarakkan kedudukan menerusi 3 mata penalti oleh Arul.

Ternyata HSKOBA tidak mahu mengalah dengan menggandakan asakan demi asakan. Ketika keadaan permainan tegang di hujung padang di antara Naz dengan pemain HSKOBA, para pemain SLRC agak tergamam seketika dan kesempatan itu diambil oleh SLRC untuk mendapatkan try dan seterusnya merapatkan jurang kedudukan 10-5.


Minit-minit terakhir menyaksikan HSKOBA lebih ghairah untuk mengasak kubu SLRC, selepas Ammar gagal menendang bola keluar, HSKOBA pantas melakukan counter-attack untuk mendapatkan try kedua, namun conversion gagal disempurkan.

Wisel penamat dibunyikan oleh referee Ali Tahar untuk keputusan HSKOBA 15 SLRC 5.




Pertandingan Drum Battle Hari Belia 2012


Pasukan UiTM sedang melakukan persembahan mereka.


Pasukan dari SMK Cochrane bersedia untuk memulakan persembahan mereka.


SMK Tinggi Klang vs Air Force (TUDM)


Battery Headz Percussion bersahaja ketika beraksi di final Drum Battle.


Tempat ke-4 Drum Battle PFS.

Hari Belia 2012



"Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini - PM."




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melontarkan cabaran kepada belia untuk menggunakan kuasa secara rasional dan bijaksana, dalam memilih kerajaan yang mampu menjamin masa depan negara.

Beliau turut  menggesa belia supaya mengawal masa depan mereka dengan mengundi kerajaan yang telah membuktikan keupayaan menerajui negara melalui perubahan progresif sejak kemerdekaan.


Najib turut percaya belia di negara ini mampu menggunakan kebijaksanaan dan kecerdikan dalam melaksanakan hak-hak mereka sebagaimana yang diperuntukkan dalam demokrasi negara.


Perdana Menteri turut mengingatkan para belia supaya tidak termakan hasutan, tidak terpedaya dengan fitnah, ucapan-ucapan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menghasut.

Najib mengulangi keyakinannya bahawa suara belia yang berhimpun di Putrajaya adalah suara keramat dan alunan gelombang semangat yang tahu memilih kerajaan yang benar-benar boleh menjamin masa depan rakyat.