Followers

Monday 9 July 2012

Hari Belia 2012



"Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini - PM."




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melontarkan cabaran kepada belia untuk menggunakan kuasa secara rasional dan bijaksana, dalam memilih kerajaan yang mampu menjamin masa depan negara.

Beliau turut  menggesa belia supaya mengawal masa depan mereka dengan mengundi kerajaan yang telah membuktikan keupayaan menerajui negara melalui perubahan progresif sejak kemerdekaan.


Najib turut percaya belia di negara ini mampu menggunakan kebijaksanaan dan kecerdikan dalam melaksanakan hak-hak mereka sebagaimana yang diperuntukkan dalam demokrasi negara.


Perdana Menteri turut mengingatkan para belia supaya tidak termakan hasutan, tidak terpedaya dengan fitnah, ucapan-ucapan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menghasut.

Najib mengulangi keyakinannya bahawa suara belia yang berhimpun di Putrajaya adalah suara keramat dan alunan gelombang semangat yang tahu memilih kerajaan yang benar-benar boleh menjamin masa depan rakyat.







No comments:

Post a Comment